SEJARAH SEKOLAH AJIL

Sekolah Kebangsaan Ajil mula dibina pada tahun 2002, di bawah peruntukan “design and built” oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kawasan sekolah ini adalah seluas 4.682 hektar, dibina dengan menimbus kawasan berpaya yang dalam (dulu kawasan ini dikenali oleh penduduk kampung di sekitarnya sebagai Paya Besar). Oleh kerana projek sekolah ini dikategorikan sebagai ”Projek Sakit”, pembinaannya tergendala dan lambat disiapkan.

Pada 1 Mei 2007, dua orang guru dilantik sebagai perintis di sekolah ini iaitu :
i.         En. Mohd Azam b. Puteh – sebagai Penolong Kanan 1 : Dari Sekolah Kebangsaan Seri Berang.
ii.       En. Mohd Zubir b. Abdullah – sebagai Penolong Kanan Kokurikulum : dari Sekolah Kebangsaan Kuala Berang.

Kedua-dua guru ini dibantu oleh Cik Norasidah bt. Deraman selaku Pembantu Tadbir (N17) dan Puan Azuraidah bt. Ramli (N1) serta Pembantu Pengurusan Murid, Puan Rafidah bt. A. Aziz @ Musa (N17).

Mesyuarat guru pertama yang diadakan di sini adalah pada 5 Jun 2007. Seramai 12 orang guru lagi ditukarkan ke SK Ajil hadir dalam mesyuarat tersebut, menjadikan jumlah guru permulaan bagi sesi pembukaan sekolah seramai 14 orang semuanya. Mereka terdiri daripada :
i.             En. Mohd Azam b. Puteh – PK1 ( dari SK Seri Berang)
ii.            En. Mohd Zubir b. Abdullah – PKKK (dari SK Kuala Berang)
iii.           En. Mohd Hatta b. Mat Beni – PKHem (dari SK Tok Randok)
iv.          Pn. Habibah Binti Mohd – dari SK Bukit Perah
v.           Pn. Khatijah Binti Muda – dari SK Bukit Perah
vi.          En. Pauzi Bin Mohd – dari SK Bukit Perah
vii.         Pn. Aniza Binti Abdullah – dari SK Bukit Perah
viii.       Pn. Noor Fauziah Binti Samsudin – dari SK Bukit Perah
ix.          Pn. Zainab Binti Zakaria – dari SK Bukit Perah
x.           Pn. Rohani Binti Mat Salleh – dari SK Bukit Perah
xi.          En. Ismail Bin Jusoh – dari SK Felda Mengkawang
xii.         En. Zuraidi Bin Ibrahim – dari SK Bukit Perah
xiii.       En. Marzuki Bin Mohd Ali – dari SK Bukit Apit
xiv.       Pn. Nazariah Binti Muda – dari SK Bukit Perah

Pada 10 Jun 2007, sesi persekolahan penggal kedua bermula, Sekolah Kebangsaan Ajil mula menerima murid seramai 239 orang bagi Tahun 1 hingga Tahun 5. Ke semua murid-murid ini adalah dari Sekolah Kebangsaan Bukit Perah. Murid yang dihantar ke sekolah ini adalah merupakan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah dari persekitaran kampung seperti berikut :
i.             Pekan Ajil
ii.            Kampung Bukit Ara
iii.           Kampung Tok Gebuk
iv.          Kampung Merbau Pulas
v.           Kampong Cerang Nibung
vi.          Kampung Kolam

Guru Besar pertama sekolah ini ialah YM Syed Ahmad b. Syed Hassan yang mula bertugas di sekolah ini pada 1 Julai 2007. Pada 16 April 2008, beliau bertukar ke Sekolah Kebangsaan Pauh dan diganti dengan guru besar yang kedua iaitu Haji Mohd Zaki b. Taib dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

Kedudukan sekolah ini agak strategik kerana ianya berhampiran dengan Pekan Ajil, Pejabat Pos, Balai Polis, Pos Imigresan, Loji Percetakan New Straits Times, Balai Hutan Ajil, Klinik, Kawasan Perindustrian Ajil dan Sekolah Menengah Ajil.


       KEMUDAHAN FIZIKAL SEKOLAH
 
 
Kemudahan fizikal yang ada di sekolah ini ialah :

i.      Lima blok bangunan :

a.    Blok A : 3 tingkat.

-       Bawah : Bilik bagi Prasekolah dan Kelas Pemulihan Khas

-       Tingkat 1 : Bilik pentadbiran, bilik  guru, bilik mesyuarat

-       Tingkat 2 : Pusat Sumber Sekolah

b.    Blok B : 4 tingkat

-       Bawah : 6 Kelas Pembelajaran, Bilik PAI

-       Tingkat 1 : Bilik Bahasa Melayu, Bilik Bahasa Inggeris dan Bilik Matematik

-       Tingkat 2 & 3 : 8 Kelas Pembelajaran

c.    Blok  C : 3 tingkat

-       Bawah : Bilik Kemahiran Hidup, Stor

-       Tingkat 1 : Bilik Muzik, Stor

-       Tingkat 2 : Bilik Pendidikan Seni

d.    Blok D : 3 tingkat

-       Bawah : Dewan Terbuka

-       Tingkat 1 : 2 bilik Makmal Sains

-       Tingkat 2 : 2 bilik Makmal Komputer

e.    Blok E : 4 tingkat : 4 X 4 Semuanya terdiri daripada Kelas Pembelajaran.



ii.    Kantin Sekolah

iii.   Surau Sekolah

iv.   Setor Sukan dan Bilik Persalinan Murid – sebelum dan selepas

      Pendidikan Jasmani.

v.    Pondok Jaga

vi.   Bangunan baru untuk kelas Prasekolah.

vii.  Padang untuk bola sepak

viii.Padang Hoki

ix.   Padang Bola Baling

x.    Gelanggang takraw – 2

xi.   Gelanggang Bola Tampar - 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.